Kursus Umrah
Assalamualaikum...
3 hari cuti korang buat apa?
Ryan x ada buat apa sangat pun, duduk rumah habiskan beberapu buku yang belum sempat dibaca. Koleksi buku Ryan banyak suka beli tapi tak sempat baca. so, rasanya ni la masa yang sesduai untuk Ryan baca segala buku, majalah, novel tu kan. Ok la, Ryan bukan nak cakap sangat pasal novel atau buku tu. Ryan nak cakap pasal Kursus Umrah yang Ryan pergi hari Sabtu lepas di Putrajaya.
Oleh sebab Ryan dijadualkan untuk menunaikan Umrah bulan November nanti, Ryan ada la buat persediaan sikit untuk buat ibadah ni kan. tak kan nak pergi Umrah tanpa persediaan apa-apa kan. Jadi, tumpang tak ada apa-apa program hari sabtu, Ryan pun pergi la Ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih mudah kita panggil Masjid Besi
Program Kursus Umrah Percuma Anjuran TH ni diadakan setiap minggu pada jam 9.00 pagi. Jadi siapa yang nak belajar pasal umrah ni boleh la pergi. Ryan rasa kursus ni boleh je dihadiri oleh siapa yang nak belajar pasal ibadah umrah, bukan hanya calon Umrah je yang boleh pergi. selagi ada niat nak mengerjakan umrah bolehlah ambil peluang ni untuk belajar. Kursus pada 15 September 2018 yang Ryan pergi tu adalah kursus umrah pertama anjuran Tabung Haji (TH) bagi tahun 1440H. Ryan difahamkan bahawa kursus Umrah Percuma anjuran TH ni akan diadakan pada setiap hari sabtu jam 9.00 pagi hingga 12.00 tgh hari. Info boleh rujuk Facebook Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Apa yang akan kita pelajari di kursus Umrah ni?
Banyak benda yang akan kita belajar masa kursus umrah ni. Antaranya ialah hukum umrah, niat umrah, larangan ihram, doa dan bacaan semasa mengerjakan umrah dam dan macam-macam lagi. Jadi, Ryan rasa macam ulangkaji semula subjek Pendidikan Islam masa sekolah menengah dulu. Rugi pula Ryan tak bawak buku teks, sekurang-kurangnya Ryan boleh faham lebih kalau rujuk buku teks. haha...
Lepas dah habis kursus, Ryan balik tengok segala video-video berkaitan kat Youtube. Banyak video berkenaan kursus umrah ni di Youtube. boleh la cari... Ryan dapat info ni pun dari seorang Pakcik masa Ryan pergi Travel Agensi yang akan bawa Ryan pergi Umrah nanti. Oh ya, Ryan pergi dengan Tiram Travel tau, menarik dan berbaloi dengan pakej yang ditawarkan. Bab tu nanti Ryan update kemudian ya.
Jadi, siapa yang nak tambah ilmu mengenai panduan mengerjakan Umrah dan Haji ni boleh la peri ke mana-mana kursus yang dianjurkan oleh mana-mana syarikat. Untuk dapat info lebih l;anjut, cuba hubungi mana-mana travel agensi yang menawarkan Pakej Mengerjakan Umrah.
Ok la, Nanti Ryan sambung celoteh lagi ya.

xoxo Ryan
Comments