Thursday, 11 April 2013

Lan Todak

Assalamualaikumm...
Lama x jenguk blog ni kan? asyik busy je memanjang. Sejak dapat jawatan baru ni personal life kena tolak tepi dulu, bukan x de masa nak bercinta ke apa ke... tp takut x dapat nak bagi komitmen... Tp syukur sangat-sangat sebab dapat kawan-kawan yang memahami. Kawan-kawan sekolah, kawan kawan di kolej dulu n kawan-kawan di kampung la... Alhamdulillah, Thanx semua...

Ok. cukup-cukup la melalut sampai ke negara China tu... hahaha...

Topik yang nak saya cakap hari ni adalah peranan media massa dan media sosial dalam membentuk peribadi kanak-kanak hari ini.

Baru-baru ni ada video di youtube pasal seorang pelajar di Pulau Pinang yang dipukul. tau kan? kalau x tau, tolong google sendiri... malas nak embed kat sini dengar tak apa dialog diorang? Dengar perkataan LAN TODAK?

Siapa Lan Todak? Apa kaitan Lan Todak dengan kes ini? haaaa... ini yang saya nak ulas, remaja dan kanak-kanak hari ini memang sangat terdedah dengan anasir-anasir sebegini yang sangat-sangat mudah untuk didapati sama ada di TV, CD, ASTRO ataupun YouTube sendiri.

Dengan akses yang mudah, saya dapati bahawa, mereka cenderung untuk mengikut perbuatan di dalam cerita tersebut berbanding memikirkan maksud tersirat yang ingin disampaikan. apa yang dikesalkan adalah mereka lebih cenderung untuk meniru dan melakukan perbuatan tidak berfaedah yang dipaparkan di dalam cerita tersebut.

Masalah ini ketara berlaku di sekolah di mana mereka dapat melakukan apa yang mereka tidak dapat lakukan di rumah seperti bergaduh, bergurau berlebihan di antara lelaki dan perempuan dan banyak lagi perlakuan-perlakuan kurang sopan. kebanyakan guru sedar akan perlakuan ini dan ianya amat tidak disukai oleh mereka tetapi suara guru kadang-kadang dinafikan hak untuk menegur perlakuan seperti ini. Ini secara tidak langsung akan mengganggu pembentukan modal insan yang akan memimpin negara kita kelak.

Kepada semua ibu bapa dan masyarakat, kita seharusnya sedar dan membentuk pemikiran kritis terhadap anak-anak untuk membolehkan mereka sedar perlakuan yang dilakukan oleh mereka.

No comments: