Monday, 19 July 2010

Pertemuan Dan Perpisahan

PERTEMUAN
PERPISAHAN
ADAT MANUSIA BIASA
HILANG DI MATA
TAPI DI HATI TIDAK LUPA
BERDOA LAH KITA AGAR AMAN DAN SENTOSA
SEMOGA KITA KAN BERJUMPA DI LAIN MASA

Topik yang agak menarik untuk dikupas kan...
Minggu lepas Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa telah meraikan 2 Permata berharga yang sukar dicari ganti di mana-mana...
Pengarah IPG KBA... Dr. Mohd Sofi Bin Ali....
dan
Ketua Jabatan Kajian Sosial IPG KBA... Tn. Hj. Mohd Kamar Bin Zainuddin...
walaupun saya tidak pernah berbual mesra dengan mereka, tetapi apabila mereka tidak lagi berkhidmat di IPG, saya dapat merasakan satu kehilangan...

Manusia sememangnya tidak pernah mahu bersyukur kerana apabila kedua-duanya ada di IPG, saya tidak pernah mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan mereka, mungkin kerana jawatan mereka yang besar menyebabkan orang kecil seperti saya agak sukar untuk berjumpa mereka...
Kini mereka telah tiada di Institut dan kehilangan mereka mula dirasai...

Tetapi semua kenangan bersama mereka akan tetap bersemadi di ingatan...
Walaupun kenangan bersama mereka hanyalah secebis dari kehidupan seharian di IPBA, tetapi biarlah ia menjadi memori yang tidak akan dilupakan...

Sekarang IPBA akan menerima seorang Pengarah baru dan juga Ketua Jabatan yang baru...
harapan saya semoga tempat kosong ini segera diisi kerana Jawatan Timbalan Pengarah yang sebelum ini memerlukan masa yang agak lama untuk diisi...

Menyentuh mengenai bekas Timbalan Pengarah, saya merasakan yang beliau merupakan seorang yang penyayang kerana kami masih berhubung di Facebook walaupun sukar bertemu muka...
dan saya harap beliau dapat bertugas dengan jayanya sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Harapan kepada Dr. Sofi dan Tn. Hj Kamar...
Semoga kalian sihat selalu dan tunaikanlah impian kalian yang tidak dapat dilaksanakan sepanjang kalian bergelar penjawat Awam...

"Sekali bergelar Guru, Selamanya digelar Guru"

"I Love You All"