Wednesday, 8 July 2009

Itu kesalahanku...

Hari ni rasanye hari yg paling penuh dengan emosi dan kesunyian buat saya...
Dan segalanya seperti baru sahaja terjadi semalam dan perkenalan yang singkat yang membawa kepada salah faham yang kronik...

Ya... Saya tidak suka menyalahkan sesiapa, dan kemungkinan besar, ianya merupakan salah saya...dan saya tidak suka untuk membebankan orang lain untuk menanggung kesalahan saya...

Tiba-tiba teringatkan seseorang yang pernah muncul dalam hidup saya yang saya anggap sebagai adik, dan kadang-kadang sikap terlalu ambil beratnya membuatkan saya rimas... tp saya dapat merasakan bahawa dia seorang yang terlalu mengambil berat dan manja, lagipun org yang sepatutnya mengambil berat mengenai saya juga tidak membuat apa-apa(hubungan yang hambar)... layankan saja fikir saya...

Selepas satu tempoh yang singkat, saya dapat merasakan hubungan kami agak rapat dan saya seperti melupakan orang yang saya sayangi... dan saya agak gembira dengan kehadirannya untuk mengisi masa yang agak senggang dan sikapnya yang agak manja sedikit sebanyak menyebabkan saya suka kepadanya...

Kemudiannya, satu berita yang sampai kepadanya menyebabkan saya terkejut dan menyedari kesilapan saya bahawa saya tidak patut terlalu rapat dengannya... saya akui bahawa itu bukanlah satu kesalahan, tetapi hubungan saya yang agak rapat merupakan satu kesalahan dan ianya akan lebih buruk jika saya terus berhubung dengannya...

Kenapa ya???? Ya, ia mungkin akan lebih merapatkan hubungan kami dan apabila hubungan kami lebih rapat dan dia mendapat berita ini, saya tidak dapat gambarkan kesedihan dan rasa hatinya. dan mungkin pandangannya terhadap saya dan juga semua Lelaki juga akan berubah...

Kenapa saya menulis ini hari ini???
kerana saya mahukan bahawa awak semua faham bahawa dia bukanlah seperti yang anda sangkakan dan sikapnya yang baik juga amat menyenangkan orang ramai, malahan ramai kawan2 saya memujinya.

Saya tahu jika awak ada membaca ini, saya hanya ingin menerangkan keadaan sebenar dan Seribu Kemaafan Saya Hulurkan... Sesungguhnya, saya tidak mampu untuk membahagikan kasih sayang ini...

6 comments:

elL said...

sabar~

HizRyanz said...

Thanx...

asyraf said...

muah~!!
syg awk...
nak tukar gay ar..hahaha
nanti bleh naik starlet..
laju woo~!!

HizRyanz said...

Kurengg...
nak 2kar jd gay???
sukati awk le...

klu stakat naek starlet xyah jd gay pon bleh naek...

asyraf said...

xbleh woo~!!
sbb nanti merajuk plak syg awk nanti...

klu ada starlet bleh ulang alik kedah...
5 minit je...hahahha

ilyana kamaruddin said...

weh ko nk bhagi ksh ngan spa?adeh kta ak jiwang..ko lg la..emo skali...huhuhu