Tuesday, 2 December 2008

TV Malaysia...

Berikutan komen yang telah diterima, saya meneruskan entry ini dengan menggunakan Bahasa Melayu...

Apa yang telah terjadi sebenarnya kepada stesen TV di Malaysia??? Saya sebenarnya sudah bosan dan buntu memikirkan mengenai penyiaran drama-drama daripada negara seberang iaitu Indonesia... Saya sebenarnya bukanlah anti-Indonesia tetapi penyiaran drama-drama Indonesia pada waktu prima dirasakan amat tidak patut...

Negara kita pernah digegarkan dengan penggunaan Bahasa Indonesia dikalangan kanak-kanak telah meningkat ekoran pengambilan pembantu rumah warga Indonesia... Setelah reda isu sebegini, kini peningkatan drama-drama dan filem dari Indonesia telah menyebabkan masalah sebegini timbul semula...

Pernah terfikir dibenak fikiran saya untuk meminta ibu bapa saya membelikan TV khas kepada saya kerana saya tidak berminat untuk menonton drama-drama sebegini kerana kadangkala drama yang disiarkan sukar difahami bahasanya, saya juga mendapati bahawa drama mereka banyak menggunakan unsur tidak logik seperti unsur tahyul yang melampau yang tidak patut dipercayai umat Islam khasnya... Seperti drama Bawang Merah Bawang Putih yang disiarkan pada waktu petang, saya mendapati watak pari-pari amatlah tidak patut dan ini akan merosakkan pemikiran kanak-kanak.

Saya juga terfikirkan bahawa adakah semua watak yang direka ini perlu menjadi terlalu jahat sehingga tiada sekelumit pun sifat baik ada dalam diri mereka??? Pernah juga saya terbaca di akhbar tabloid dan akhbar harian mengenai drama-drama Indonesia yang semakin membanjiri tayangan di Malaysia. Bukanlah niat saya untuk menghapuskan terus tayangan drama Indonesia di stesen TV Malaysia, tetapi kita harus mengutamakan drama dari Malaysia dan membanyakkan pilihan kepada rakyat untuk memilih tayangan yang diinginkan kerana saya dapati waktu siaran yang sama daripada kebanyakkan stesen TV, dan waktunya pula adalah pada waktu perdana iaitu selepas waktu pejabat dimana kebanyakkan rakyat Malaysia pulang ke rumah dan ingin berehat sebentar menonton TV bersama keluarga...

Stesen TV harus sentiasa peka terhadap perkembangan sosial kanak-kanak... Ini kerana isu bahasa amatlah sensitif di Malaysia kerana bahasa rasmi yang diiktiraf di Malaysia adalah lebih berbanding di Indonesia.

Apa yang boleh dilakukan oleh kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengurangkan masalah ini... dan kita sepatutnya tidak boleh menunding jari kepada sesuatu pihak sahaja apabila keruntuhan akhlak semakin menjadi-jadi apabila orang seperti saya yang tidak minat menonton drama Indonesia menonton drama barat yang sudah pasti terdedah kepada gejala-gejala yang tidak elok...

P/S: Pernah rakan bertanya kepada saya..." Eh, kau tak pernah tengok ke Iklan ni?, kan ada di Tv sekarang"... Ini menunjukkan betapa ketinggalannya saya kerana minat untuk menonton TV telah berkurang... Ada juga yg menyebut..." eh, x main lah tengok TV local, baik pakai parabola... tak perlu tengok drama Indonesia"...

Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

Memorabilia Am said...

betol betol drama indon yang ada kat tv malaysia sampah je banyak.. sempena cuti sekolah lagi la banyak....

HizRyanz said...

A'ah kan.. nak tgok Tv pon dah x de mood...